minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

LAPORAN DEMO PETANI 29 DIS

Ramai yang was-was, curiga dan tidak percaya tentang berita golongan petani akan berdemostrasi di Kompleks Bernas, Anak Bukit, Alor Setar , Kedah pada hari raya ketiga 29/12/2000. Malah berita yang diumumkan sendiri oleh Sdr. Ahmad Lutfi dari Kg. Raja itu hanya menyatakan tarikh dan tempat mereka akan berdemostrasi. Tidak pula dinyatakan masa atau waktu rancangan itu akan dilaksanakan.

Orang Alor Setar sendiri apabila diminta pengesahan akan berita ini hanya mampu menggelengkan kepala. Rakan-rakan reformis di KL turut mati akal akan hal ini. Namun demikian satu golongan yang tidak pernah jemu-jemu dan pantang mendapat berita demonstrasi sentiasa bersiap sedia dan setia menunggu. Siapa lagi kalau bukan...he,he.....anjing-anjing kurap MADEY MAHAKUTTY tu!

Selepas waktu sembahyang Jumaat mereka telah siap berhimpun di tepi-tepi jalan sehingga sejauh beberapa kilometer dari Kompleks Bernas itu sendiri. Gempaq jugak mereka nak berhadapan dengan pahlawan cangkul yek! Di kiri kanan jalan utama berhadapan dengan kompleks Bernas telah ditutup dan dihadang agar tiada kenderaan yang boleh diletakkan di situ dan sesiapapun tidak boleh berhimpun. Ini menyebabkan kawasan berhampiran lengang dengan manusia.....err....cuma
anjing-anjing kurap yang kelihatan!

Tidak lama selepas itu jalan tiba-tiba menjadi sesak. Entah apa gerangannya. Nun jauh di hujung sana sekelompok manusia telah berhimpun. Rupa-rupanya, lebih kurang pukul 3.00 petang, mereka telah menghantar 5 orang wakil golongan petani berjumpa  dengan wakil Bernas di dalam Kompleks Bernas itu.  Berjaya juga mereka menyampaikan hajat mereka biarpun melalui 'orang tengah'. Katanya 'orang tengah' ini memberikan jaminan akan menyampaikan permintaan golongan petani ini kepada pihak Bernas untuk dipertimbangkan sewajar-wajarnya......Wallahualam!

Apa pula kisah golongan petani yang nekad untuk berdemonstrasi pada raya ketiga ini. Besar sangatkah permintaan mereka itu sehingga terpaksa turun ber'REFORMASI' pula kali ini?

Rasa-rasanya tidak ramai yang tahu akan kisah duka golongan petani di Kedah ini. Kisah yang diceritakan sendiri oleh Pak ** yang turut berdemo hari itu. Begini kronologinya......

Beberapa tahun sebelum ini, sebelum LPN diswastakan, golongan petani diberi potongan sebanyak 7 hingga 8 kilo bagi beras yang ditolak ke LPN. Apabila penswastaan bermula dan Bernas mengambil alih, potongan meningkat mendadak sehingga melebihi 20 kilo. Ini telah menyebabkan golongan petani bangun membantah.

Setelah beberapa kali membantah, Bernas pun menurunkan kadar potongan kepada 12 kilo minima. Namun ini tidak bertahan lama apabila Bernas masih tidak puas hati dan menetapkan potongan minima 16 kilo beras pula. Pengilang-pengilang swasta yang lain mematuhi penetapan potongan 16 kilo itu tetapi Bernas sendiri membuat potongan sebanyak 18 hingga 20 kilo.

Keadaan ini telah menyebabkan golongan petani sekali lagi bangun memberontak. Peristiwa yang berlaku di dalam tahun 1998 itu telah menyaksikan golongan petani turun berdemonstrasi di Batu 17. Ini telah mendesak KERAjaan berbuat sesuatu dan DSAI telah menyambut cabaran itu. Kejadian ini berlaku tidak berapa lama sebelum DSAI disingkirkan!

Di Ampang Jajar Alor Setar, DSAI telah bersemuka dengan golongan petani dan satu penyelesaian yang diterima baik oleh golongan petani telah dapat dicapai. Penyelesaian itu merangkumi janji untuk menetapkan potongan maksima sebanyak 12 kilo beras, kenaikan harga padi dari $500.00/tan kepda $550.00/tan pemberian subsidi baja buah dan penjualan padi benih oleh Bernas kepada petani pada harga $1.00 sekilo (Bernas dapat membeli pada harga 55sen sekilo).

Namun apa yang berlaku selepas itu tidak seindah yang dijanjikan. Bernas telah menjual padi benih kepada petani pada harga $1.40 sekilo manakala baja buah diganti dengan baja campuran. Ini telah menyebabkan kemarahan golongan petani dan mereka mengadakan beberapa siri demonstrasi selepas itu.

Hasilnya perkara ini telah dibangkitkan di Parlimen dan akhirnya satu insentif telah diperuntukkan kepada golongan petani. Tambahan $120.00/tan telah diberikan oleh pengilang kepada harga asal yang ditetapkan sebanyak $550.00/tan semasa penyelesaian di Ampang Jajar sebelum itu. Dapatlah menarik nafas panjang petani-petani kita.

Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari! Begitulah nasib golongan petani. Pada musim yang terbaru ini, mereka tiba-tiba dikejutkan dengan potongan sebanyak 16 hingga 20 kilo beras manakala insentif tambahan $120.00/tan telah menyusut kepada setengah darinya, malah ada yang tidak menerimanya langsung.

Apabila ada ura-ura untuk mengadakan demonstrasi, pihak Bernas cepat-cepat pula menurunkan potongan kepada 14 kilo. Namun corak permainan Bernas ini amat difahami oleh golongan petani. Mereka berazam untuk tidak akan berganjak selagi permintaan mereka tidak dipenuhi.

Bukannya besar mana hajat mereka itu......lebih tidak, kurang pun tidak. Mereka hanya memohon jasa baik pihak Bernas dan KERAjaan untuk menetapkan kadar potongan  beras pada 10 hingga 12 kilo dan mengembalikan insentif tambahan sebagaimana yang telah diperuntukkan sebelum ini. Itu sahaja....... susah sangat ke MADEY woiiii?!!

Itulah sebab mereka turun berdemonstrasi pada 29/12/2000. Bukan untuk menimbulkan huru hara ataupun untuk merusuh. Hanya mempertahankan hak yang acapkali dicabuli oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan. Satu kenangan yang masih kukuh di ingatan Pak ** yang turut hadir semasa sesi penyelesaian bersama DSAI di Ampang Jajar tahun 1998 dahulu ialah kata-kata DSAI
sendiri.....'TERUSKAN TUNTUTAN, JANGAN MENGALAH!' Kata-kata itulah yang mereka pegang sehingga ke hari ini!

Sesungguhnya menghayati kisah perjuangan golongan petani ini membuatkan diri ini insaf. Betapa mereka terpaksa membayar dengan harga yang tinggi bagi tulang 4 kerat yang telah mereka kerahkan. Mengapakah golongan penting penyumbang makanan asasi rakyat Malaysia ini diperlakukan seperti bola...ditendang ke sana ke mari sesuka hati. Inilah agaknya salah satu 'kebaikan' dasar penswastaan yang diperkenalkan oleh anak kelahiran Kedah itu. Rasanya Kedah sendiri malu nak
ngaku anak dia! 

Kepada semua pejuang-pejuang reformasi, ayuh bersama kita memberikan sokongan padu kepada golongan petani ini. Kita gegarkan Kedah Jelapang padi ini dengan  semangat yang pernah disemai oleh DSAI sewaktu di Baling dahulu. Satu Anwar pergi, beribu Anwar lain yang muncul! Kita tunggu perancangan yang seterusnya.........percayalah!

LAWAN TETAP LAWAN!
ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!

Kak Id 2000

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter